Friday, April 15, 2011

Akuan bersumpah Raja Petra

 
   
KUALA LUMPUR, : Tiba-tiba sahaja isu kenyataan bersumpah Raja Petra Kamarudin yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur berbangkit menjelang pilihan raya Sarawak, apa tujuannya?

Tujuannya adalah untuk mengalihkan segala masalah yang dihadapi BN di Sarawak dari masalah sebenar di sana iaitu Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud yang tidak boleh diselesaikan oleh Datuk Seri Najib sendiri.

Demikian pandangan pelbagai pihak ekoran munculnya secara tiba-tiba wawancara  TV3 dengan Raja Petra di Australia.

Padahal berdasarkan klip yang disiarkan TV3 sendiri jelas, Raja Petra berkata bukan dia yang menuduh Rosmah berada di kawasan pembunuhan tetapi  pihak lain yang memaklumkan kepada beliau Rosmah ada di sana.

Dalam kenyataannya hari ini, Raja Petra menyebut semua nama sumber-sumber beliau itu.

Dalam klip video TV3 itu, Raja Petra menjelaskan, setelah mendapat maklumat itu, dia telah cuba sahkannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah melalui orang-orang kanan mereka.

Raja Petra berkata, Anwar mengesahkan perkara itu melalui seorang penulis blog yang berkata Anwar juga mendengar maklumat yang sama dari pegawai kanan tentera yang disebutkan Raja Petra itu.

Raja Petra juga jelaskan, pegawai yang dikatakan bertugas dengan Tengku Razaleigh Hamzah juga mengesahkannya.
Tetapi bukan dari mulut Anwar atau Tengku Razaleigh sendiri.

Tetapi, media terus membuat laporan kononnya Raja Petra nafi tuduh Najib dan Rosmah.

Dalam Akuan Bersumpah Raja Petra bertarikh 18 Jun 2008, beliau berkata, sumber beliau memaklumkan, semua perkara yang dinyatakan dalam akuan itu.
Sila baca akuan bersumpah di sebelah.
Media BN juga melaporkan kononnya Raja Petra muncul di TV3 untuk membuat pengakuan kononnya beliau dipergunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tetapi tidak ada sebarang kenyataan yang menyokong dakwaan media itu dari Raja Petra . Ia hanya kesimpulan yang dibuat oleh editor akhbar berkenaan sahaja.
Raja Petra kini menerangkan cerita di sebelah pihak beliau pula dalam blognya, http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/39695-now-that-the-shit-has-hit-the-fan
"Sudah tiga tahun saya menulis untuk menerangkan akuan bersumpah yang saya tandatangani pada Jun 2008. Saya juga telah merakamkan video tentang hal yang sama, kini di Youtube, di samping memberikan ceramah tentang isu ini di merata tempat.

"Tetapi sehingga hari ini, penjelasan saya tidak diambil peduli. Mereka tegas memahami ceritanya adalah: Saya mendakwa Rosmah dan dua Lt Koloner berada di tempat pembunuhan Altantuya di malam beliau dibunuhm," tulis Raja Petra dalam blognya hari ini

USTAZAH DIANA DANIELLE BERDAKWAH DI FACEBOOK BERTELANJANG DI PARTI




10 artis terkenal mahu ikut Bob Lokman

Sebahagian kakitangan Harakah yang mendengar ucapan Bob Lokman


 Kira-kira 10 lagi artis terkenal kini turut tertarik dan ingin mengikuti jejak langkah pelakon dan penulis lirik Bob Lokman menjalani hidup yang lebih baik dan menyokong perjuangan Islam dan politik yang dibawa PAS.

Artis-artis tersebut termasuk lelaki dan wanita dan termasuk yang terkenal dalam genre nyanyian, lawak, lahir dari Akademi Fantasia dan dari kategori pengarah.

Pelakon Bob Lokman ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, mereka sekarang sememangnya sudah bersedia untuk mengikuti jejak langkahnya dan sedang berusaha memperdalami ajaran Islam menerusi kelas pengajian Islam yang diusahakan bersama rakan-rakannnya.

Menurut beliau, selain mengikuti kelas-kelas agama, artis-artis itu juga kini sudah seringkali mengikuti pengajian agama daripada tokoh-tokoh agama tanah air di beberapa buah masjid.

Katanya, selain mahu turut berubah kepada kehidupan lebih Islamik, artis-artis itu juga mahu turut berminat untuk terlibat dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS.

"Bagaimanapun, mereka masih belum bersedia untuk mendedahkannya kepada masyarakat buat masa ini kerana mahu menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

"Mereka mahu mengikuti jejak langkah saya kerana tertarik dengan perjalanan hidup saya sekarang. Hasrat mereka itu telah dinyatakan sendiri oleh mereka kepada saya baru-baru ini secara jujur," katanya ketika menyampaikan tazkirah di pejabat Harakah, di sini, hari ini.


Di samping mengakui tertarik dengan perjalanan hidup beliau sekarang, artis-artis itu juga turut berminat untuk mendapatkan kekuatan jiwa.

Sambil menyebut satu persatu nama-nama artis tersebut, beliau menegaskan, untuk membolehkan seseorang artis itu meninggalkan dunia glamour seperti yang dilakukan oleh beliau sekarang bukanlah sesuatu yang mudah.

"Selain memerlukan pengetahuan agama yang mendalam dari sudut fekah, seseorang itu juga amat perlu mengamalkan tarikat yang muktabar bagi mendapatkan kekuatan jiwa agar tidak mudah goyah apabila ditimpa pelbagai ujian," katanya.

Beliau juga secara jujur mengakui, rezekinya sekarang tidak pernah berkurangan sejak meninggalkan dunia glamour, malah makin bertambah apabila sering menerima pelbagai undangan dari pelbagai pihak untuk mengadakan ceramah.

Malah, dalam masa terdekat, walaupun telah meninggalkan dunia glamournya, beliau juga masih menerima tawaran berlakon dari beberapa buah syarikat dengan bayaran puluhan ribu ringgit.

Sebahagiannya terpaksa ditolak kerana ia tidak selari dengan perjalanan hidupnya sekarang yang bukan lagi menjalani hidup untuk keseronokan, tetapi untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam erti kata yang sebenarnya.

"Jangan takut untuk berubah menjalani kehidupan yang lebih baik, rezeki kita tak akan berkurangan, malah bertambah. Jangan juga kata bila kita dah memilih untuk menjadi lebih baik tak akan ada tawaran berlakon lagi. Sebaliknya tawaran itu datang mencurah-curah.

"Malah saya sendiri pula yang terpaksa menolaknya (kerana tidak sesuai)," jelas beliau sambil mengakui tidak mengalami sebarang tekanan dari sebarang pihak ekoran perubahan hidupnya sekarang.Hrkh