Isu Laungan Azan: PM Dan Penerima Surat Bantahan Harus Jawab,
KUALA LUMPUR 14 JAN : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan JAKIM harus tampil memberi penjelasan bersabit isu sebuah masjid di Kuala Lumpur yang dilaporkan diarah memperlahankan laungan azan.
Arahan itu dilaporkan dikeluarkan kepada masjid itu setelah ketiga-tiga pemimpin berkenaan dikatakan menerima surat daripada seorang bukan Islam yang membantah laungan azan Masjid Al- Ikhlasiah di Kampung Kerinchi.
Setelah menerima surat itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dilaporkan berjumpa dengan jawatankuasa masjid itu dan mengarahkan supaya pembesar suara untuk laungan azan itu diperlahankan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah berkata respon Perdana Menteri dan pihak berkenaan amat penting kerana surat peguam itu yang mendakwa dirinya sebagai ahli MCA dihantar kepada Najib dan pimpinan tertinggi kerajaan Umno-BN.
'Jika benar surat ini secara rasminya telah dihantar dan telah diterima oleh Perdana Menteri, Datuk Raja Nong Chik, Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom, Dato Seri Mohd Nazri, Dato Seri Koh Tsu Koon dan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah bin Mat Zain, jadi apakah respon mereka," kata Nurul dalam blognya.
"Pihak yang membantah wajib bertanya pada penerima surat-surat ini apakah jawapan mereka?" kata Nurul merujuk kepada bantahan oleh 100 orang di perkarangan masjid itu hari ini terhadap individu yang menghantar surat berkenaan.
Beliau juga berkata siasatan juga harus mengenal pasti terhadap siapa yang mengeluarkan arahan supaya pembesar suara masjid itu diperlahankan.
"Sekiranya JAKIM mengeluarkan arahan itu , kita harus mendapatkan penjelasan bertulis sama ada wujudnya garis panduan berkenaan laungan azan di semua masjid-masjid dan surau di seluruh negara, yang memungkinkan JAWI mengeluarkan arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah," kata
No comments:
Post a Comment