Wednesday, January 19, 2011

Ketuanan Setan : Nenek BERAHI "Anak Ikan" Kena Cekup!


Saya petik:
[HM] ALOR SETAR: Seorang nenek berusia 51 tahun dicekup berkhalwat dengan ‘anak ikannya’ berusia 24 tahun di hotel murah di Shahab Perdana, di sini, malam kelmarin.

Nenek kepada seorang cucu itu dikatakan sanggup menyewa di hotel berkenaan selepas membuat temujanji dengan pasangannya yang 27 tahun lebih muda daripadanya dan masing-masing baru mengenali sejak sebulan lalu.

Difahamkan, mereka berkenalan selepas seorang daripada mereka tersalah mendail nombor telefon sebelum hubungan itu diteruskan sehingga pertemuan di hotel berkenaan.

Mereka dicekup berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat pemeriksaan di hotel itu kira-kira jam 2 pagi.

Ketua Operasi Jaik, Mohd Nasir Md Dali berkata, anggotanya yang membuat pemeriksaan di hotel murah itu mengetuk pintu sebuah bilik dan memberi salam beberapa kali sebelum dibuka seorang wanita yang memakai baju tidur paras lutut.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan, keadaan dalam bilik itu gelap dan diterangi cahaya televisyen tetapi selepas lampu dibuka, anggota penguat kuasa mendapati seorang lelaki yang hanya berseluar jeans tanpa baju di katil.

Hasil pemeriksaan menemui seluar dalam dipercayai milik wanita itu di atas katil.

“Apabila disoal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan suami isteri atau mahram menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

“Wanita itu memberi alasan hanya berbual dengan pasangannya di bilik itu selepas keluar berjalan-jalan bersama dan singgah di hotel itu dengan mendaftarkan namanya untuk mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Mohd Nasir berkata, pasangan itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Star untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment