Saturday, January 15, 2011

Malaysia Adalah Negara Sekular Bukan Negara Islam

Malaysia Adalah Negara Sekular Bukan Negara Islam, January 15, 2011 //
KUANTAN, 12 Januari 2011 - Masyarakat Cina terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang perlu memikirkan sedalam-dalamnya terhadap implikasi penubuhan Negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, agenda penubuhan Negara Islam mungkin menjadi kenyataan sekiranya Pas berjaya memerintah negara ini.
"Semestinya Pas tidak akan berundur daripada (matlamat) penubuhan Negara Islam dan jelas ini merupakan amaran secara terus kepada DAP dan keseluruhan masyarakat bukan Islam."
"Malah, jika kita lihat semua parti politik di negara ini, hanya Pas yang bercakap mengenai agama sebagai agenda politik."
"Pastinya Pas akan memenuhi apa yang dilaungkan selama ini dan menepati perlembagaannya untuk menubuhkan Negara Islam sekiranya mereka mempunyai kuasa memerintah," katanya.
Oleh ZAMZURINA AHMADutusanpahang@utusan.com.my
-----------------------------------------------------
Jelas dari kenyataan pemimpin Barisan Nasional ( BN ) bahawa Malaysia ini bukan Negara Islam yang masih lagi belum menjadi kenyataan.
Sedarlah wahai umat Islam, Islam sudah tiada negara. Malaysia ini bukannya sebuah negara yang mendaulatkan Islam itu sebagai pemerintah negara. Malaysia adalah sebuah negara yang Neo-sekular.Undang-Undang Islam yang sangat terhad yang dipegang oleh negeri-negeri yang membentuk negara Malaysia hanyalah kosmetik lakonan puak-puak kebangsaan untuk terus mengabur dan menipu bulat-bulat umat Islam agar mereka yang jahat ini terus memerintah negara.Hukum Hudud yang sepatutnya menjadi ASAS kepada undang-undang sudah menjadi begitu asing kepada umat Islam sendiri akibat dari sindrom-sindrom pendidikan yang diserap kepada umat Islam agar lupa dan jahil tentang undang-undang asas ini. Hudud dan puasa, ianya satu pelengkap dalam surah Al-Baqarah diduduki bersebelah-belahan di dalam Al-Quran menunjukkan kewajiban untuk melaksanakannya adalah sama. Tiada yang lebih utama. Sama-sama ianya utama.Jadi adakah dengan adanya Jabatan-Jabatan Islam di negeri-negeri Malaysia, akan membuatkan negara Malaysia ini menjadi sebuah Negara Islam. Jawapannya mudah sahaja, ianya hanya sebagai kosmetik puak-puak sekularis dan kebangsaan, untuk menipu dan mengabur mata umat Islam.
Agar sentiasa tidur dan lupa bahawa umat Islam sudah tiada Khalifah untuk memimpin umat, sejak dari 3 Mac 1924 dahulu. (edit/abu idris)

No comments:

Post a Comment