Friday, February 4, 2011

Tindakan keras polis bukti Malaysia pertahan Hosni Mubarak



KUALA LUMPUR: Tindakan polis memukul dan menahan rakyat yang berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap kebangkitan rakyat Mesir dan membantah campur tangan Amerika Syarikat, menunjukkan kerajaan Malaysia mempertahankan rejim Hosni Mubarak.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua percaya tindakan itu berikutan rejim pentadbiran Malaysia tidak jauh berbeza berbanding kerajaan Mesir yang menggunakan pendekatan keras termasuk memukul dan menangkap peserta demontrasi.
“Nampaknya kerajaan Malaysia sudah takut. Ketika rakyat negara ini menyatakan solidariti mereka kepada rakyat Mesir, kerajaan Malaysia pula mengambil sikap untuk mempertahankan rejim Hosni Mubarak.
“Walaupun Malaysia dan Mesir berbeza keadaannya tetapi isunya tetap sama. Di Mesir, selepas 30 tahun, rakyat bangkit untuk menumbangkan rejim ini. Tidak mustahil perkara ini terjadi di Malaysia,” katanya kepada KeadilanDaily.com.

Pada perhimpunan aman menyokong kebangkitan rakyat melawan regim korup di Mesir dan membantah campur tangan Amerika Syarikat, polis Malaysia bertindak ganas dengan menahan tujuh lelaki.
Polis juga menggunakan ‘kepakaran’ Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk membuat semburan air bagi menggagalkan perhimpunan aman itu.
Tian Chua berkata, persamaan ketara antara kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN ialah cubaan menutup internet baru-baru ini sedangkan kerajaan Mesir pula giat menyekat maklumat dan kebebasan rakyat.
“Percubaan untuk memusatkan kuasa jelas dilakukan oleh kerajaan Umno BN. Malah, pemimpin dan isteri baik Malaysia mahupun Mesir boros dalam perbelanjaan.
“Sekatan demi sekatan dilakukan, seperti tiada lagi kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat. Tak hairanlah kalau kerajaan Malaysia sokong Mubarak,” katanya.

No comments:

Post a Comment