Friday, April 8, 2011

Rakyat Sarawak diminta membuat perubahan bersama PR

 

Rakyat Sarawak diseru memilih pemimpin yang baik yang sentiasa prihatin masalah rakyat dan menyuarakannya di dewan undangan negeri. Kita tidak perlu memilih pemimpin yang datang setiap kali pilihanraya dengan menawarkan wang RM50 dan menawarkan janji-janji manis, sebaliknya permasalahan rakyat dibiarkan.
 Pas tidak memaksa sesiapa menerima Pas tetapi kita ingin bersama rakyat Sarawak membuat perubahan melalui Pas dan Pakatan Rakyat kearah negeri Sarawak yang lebih baik daripada pemerintah BN. Kita perlu menolak pemimpin yang mengagihkan kekayaan sesama mereka sedangkan rakyat dibiarkan miskin. Islam mengajar pemerintah supaya berlaku adil dalam mengagihkan kekayaan negeri. Nabi-nabi menegur pemerintah yang zalim dizaman masing-masing sehingga ada diantara mereka dibunuh. Inilah yang Pas perjuangkan untuk rakyat Sarawak.
Haram bertindak zalim kepada sesama manusia dan amat dikesalkan apabila pihak yang dituduh iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim pula yang diminta untuk membuktikan dirinya, sedangkan pihak yang menuduh bebas membuat tuduhan tanpa diambil tindakan.
Nota : Ucapan ini telah disampaikan ketika  berbual mesra dengan penduduk kaum Iban yang menghuni salah sebuah rumah panjang di Sebuyau, Sarawak.

No comments:

Post a Comment