Friday, January 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menafikan pernah memberi arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, agar menghentikan penggunaan pembesar suara ketika azan ekoran permintaan seorang peguam, mendakwa dirinya ahli seumur hidup MCA.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini, Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali menegaskan, beliau tidak tahu-menahu tentang arahan tersebut.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan larangan agar menghentikan penggunaan pembesar suara di masjid itu.
“Saya pun tak tahu (pasal arahan) suruh perlahankan azan.
“Kita juga tidak keluarkan arahan itu (hentikan azan),” kata Che Mat.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa Jabatan Perdana Menteri dan Jawi telah tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan Masjid Al-Ikhlasiah, diperlahankan, perkembangan yang membawa kepada protes dan demonstrasi hari ini.
Dewan Pemuda PAS juga berkata pihaknya kecewa dengan perkembangan tersebut, seolah-olah terpaksa “tunduk” disebabkan individu yang membantah azan masjid tersebut adalah seorang ahli MCA seumur hidup.
“Dalam hal ini, Dewan Pemuda PAS mempersoalkan apakah Perdana Menteri dan Jawi tunduk kepada tekanan ini hanya kerana beliau seorang ahli parti komponen BN?” kata Naib Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, dalam satu kenyataan hari ini.
Hari ini kira-kira 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat mendesak agar peguam terbabit ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
Kumpulan itu terdiri daripada anggota kumpulan NGO Pekida dan Perkasa mendakwa peguam terbabit menuntut agar masjid tersebut menghentikan penggunaan pembesar suara bagi tujuan azan.
Penunjuk-penunjuk perasaan berkenaan menamakan peguam terbabit, malah mempamerkan alamat rumah dan nombor telefonnya pada kain rentang ketika berdemonstrasi.
Difahamkan peguakm itu yang tinggal di Pantai Hill Park yang terletak kira-kira satu kilometer dari Masjid Al-Ikhlasiah telah menghantar surat kepada Perdana Menteri sebelum dibawa ke Jabatan Perdana Menteri dan Jawi dan kemudian dimaklumkan kepada pihak pengurusan masjid.
Dalam suratnya bertarikh 20 Disember 2010, peguam tersebut berkata dia ahlia MCA sejak 1998.
Katanya, dia tinggal di Pantai Hill Park sejak lima tahun lalu dan terjaga daripada tidur kerana laungan azanelangor!..)

No comments:

Post a Comment