Friday, January 14, 2011

MAHAL…Bawang yang ditunjukkan Suryanie, beratnya setengah kilo tetapi harganya RM9.90 yang dibeli di salah sebuah kedai runcit di Sandakan. Noraini (sisipan) menggesa KPDNKK menjalankan pemantauan berterusan. 

Oleh: SHAIMON S JUMADI
GARA-GARA kekurangan bekalan bawang merah, khususnya yang diimport daripada India, ramai di kalangan peniaga runcit di seluruh Sandakan mengambil kesempatan menaikkan harga bawang secara mendadak sehingga mencecah RM20.00 sekilogram.
Dalam tinjauan Krew Sabahkini.Net di beberapa premis peniagaan di Pusat Bandar Sandakan mendapati harga satu kilogram bawang antara RM18 hingga RM20 di pasaraya besar; manakala antara RM22 hingga RM25 di kedai runcit.
Seperti mana yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini bahawa bawang merah masih boleh didapati dari negara China, Filipina dan Thailand memandangkan harganya mungkin murah sedikit berbanding bawang yang diimport daripada India.
Namun sebahagian peniaga yang mengimport bawang merah daripada Thailand, Filipina dan China masih meletakan harga di paras tinggi walaupun kualiti grednya tidak sebaik mana bawang dari India.
Demikian dijelaskan sendiri oleh beberapa orang pelanggan, termasuk Ketua Biro Wanita Hal Ehwal Pemadam Sandakan, Noraini Sulung yang sempat ditemui berhubung isu kenaikan harga bawang merah.
Noraini berharap agar para peniaga yang mengimport bawang daripada tiga buah negara tersebut agar tidak mengambil kesempatan menaikan harga dengan sewenang-wenangnya kerana pihak kerajaan sudahpun memberi jaminan dan menasihati peruncit agar tidak berbuat demikian.
“Saya difahamkan punca kekurangan bekalan bawang merah ini adalah disebabkan India kini sedang dilanda bencana alam, lantas mereka tidak dapat membekalan bawang secukupnya ke negara kita,” jelas Noraini.
Selaku pelanggan, kata Noraini, beliau meminta kerjasama sepenuhnya daripada Kementerian Perdagangan Hal Ehwal Pengguna Sandakan agar dapat memantau dan seterusnya membuat serbuan mengejut ke kedai-kedai runcit termasuk Pasar Umum bandar ini bagi mengesan perilaku mereka yang menaikan harga bawang dengan sesuka hati tanpa memikirkan implikasinya

No comments:

Post a Comment