Friday, January 14, 2011

RAKYAT MARHAEN

Oleh DR RAJA AHMAD AL-HISS Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merafak sembah menyokoh titah ucapan DYTM Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Negeri Perak meminta agar usaha memastikan tulisan jawi agar terus hidup dan tidak pupus serta ianya sebagai satu perjuangan bangsa kerana ia sebahagian dari khazanah bangsa yang wajib dikekalkan, diberikan keutamaan dan dipertahankan ketika merasmikan Persidangan Ke-174 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan semalam. Malah DPPN Pk mempertegaskan bahawa perkara bagi memperjuangkan pengisian Perlembagaan Negera seperti Islam sebagai Agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sememangnya termaktub di dalam Perlembagaan PAS yang terus diperjuangkan sehingga ke hari ini. DPPN Pk yakin hasrat Raja Dr Nazrin Shah yang ingin memastikan perjuangan tulisan jawi tidak dipandang remeh malah mesti diangkat martabat yang lebih tinggi. Jesteru Kerajaan perlu memastikan usaha bagi meninggikan tulisan jawi tidak dikesampingkan. DPPN Pk juga berharap usaha yang telah dimainkan oleh Utusan Malaysia diberikan sokongan malah usaha yang menyeluruh mesti dipertingkatkan dalam memertabatkan tulisan jawi. DPPN Pk juga melihat Kerajaan Negeri Perak yang mempunyai bidang kuasa tertentu oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memulakan titah Raja Dr Nazrin Shah tersebut. Papan tanda jalan dan tempat sebagai contoh usaha yang boleh dimainkan oleh Kerajaan Negeri Perak dengan pendekatan-pendekatan yang boleh dimainkan bagi usaha memahamkan tulisan jawi tersebut. DR RAJA AHMAD AL-HISS Setiausaha, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

No comments:

Post a Comment